ANAK AUTISTIK DAH BESAR, TAPI PERANGAI MACAM BUDAK2 KECIL

PERKEMBANGAN SEMASA DAN PERKEMBANGAN UMUR ANAK AUTISM

Ada yang bertanya macamana nak handle anak autism. Saya buka seorang pakar dalam bidang ini secara akademik, sekadar berdasarkan pengalaman semata-mata.

Bagi saya, first step adalah AKUI DAN TERIMA ANAK INI ADALAH AUTISTIK. Kita sebagai pembimbing mereka perlu menerima fakta berkenaan. Take a step back, dan act accordingly.

Act accordingly adalah seperti mengenali anak itu sendiri, situasi semasa mereka, spektrum autism mereka, trigger point, kelemahan dan kelebihan mereka.

Then, the root of everything; selepas identify perkara-perkara diatas – saya bare in mind – mereka BUKAN TERENCAT AKAL, SO DONT TREAT THEM SUCH AS ONES!

Maaf kalau cakap – daripada apa yg saya nampak, apa yg kebanyakan (bukan semua) ibubapa buat adalah layan anak autism ini seperti MENATANG MINYAK YANG PENUH (hampir literally). Layan mereka seperti anak2 kecil walaupun mereka telah membesar ke certain peringkat umur. Ini yg selalu resulting kepada beberapa situasi yg pernah kita dengar satu ketika dahulu;

1) Kes seorang autistik memegang bahagian tertentu wanita, end up ditahan polis dan kes dibawa ke mahkamah,

2) situasi apabila seorang autistik menyatakan kepada ibunya, dia mahu kahwin, walaupun berperangai seperti kanak2

Dalam part ini, membuktikan bahawa anak autism ada nafsu, seperti kita kita juga. Masyarakat, dan maybe ibubapa sendiri, terkejut yang anak autism mampu berbuat demikian ataupun berfikiran demikian. Ini tidak akan berlaku jika kita, apart from identifying dan mengenal situasi autism anak kita, TREAT THEM SEPERTI MANUSIA YANG WARAS, BUKA TERENCAT AKAL. Mereka juga seperti kita, ada nafsu dan perasaan, ada suka, ada duka (jangan salah faham dengan mengada-ngada, atau buat2 – mereka ni pandai *next chapter*)

Ini adalah contoh2 di dunia nyata apabila kita resolve autism sebagai sesuatu handicap yg menyebabkan anak2 terencat (ada yg cakap – “eh mana ada”. Tapi cuba take a step back dan review balik mcmana kita layan anak autism kita).

Saya layan Amirul dan Arif accordingly mengikut PERKEMBANGAN SEMASA mereka, as well as PERKEMBANGAN UMUR mereka. Bare in mind, both are totally different things.

Jika mereka di usia tadika (4-6thn), maybe ok lagi. Tetapi jika mereka mula step ke alam persekolahan rendah (7-12thn), regardless mereka tinggal di rumah, PPKI, sekolah khas autism mahupun arus perdana, kita dah perlu mula aware akan part PERKEMBANGAN UMUR anak2 ini.

Mereka, walaupun autistik, aware akan persekitaran semasa mereka. YA MEREKA AWARE. SEBAB MEREKA AUTISTIK, BUKAN TERENCAT AKAL. By persekitaran I mean LITERAL SURROUNDING AND SOCIAL SURROUNDING. These are 2 different types of surrounding.

……………………..

NEXT PART : ANAK AUTISM INI MENGGUNAKAN ANDA DAN TAKE ADVANTAGE AKAN CONDITION MEREKA. Part ini yg saya discover organically few years back – it changes everything.

DISCLAIMER : APA YANG SAYA POST DI SINI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI, DIKONGSI DENGAN NIAT MUNGKIN IA BOLEH MEMBANTU MEREKA YANG LAIN YANG MENGHADAPI SITUASI YANG SAMA.

SAYA TIDAK MEMANDANG RENDAH CARA PENJAGA LAIN MEMBESARKAN ANAK MEREKA; HANYA BASED DARI PERSOALAN YANG KERAP DIKEMUKAN KEPADA SAYA DALAM BEBERAPA TAHUN INI. THE QUESTIONS & SITUATIONS ALWAYS THE SAME.

SAYA POHON MAAF JIKA AYAT YG DIGUNAKAN MENGURIS HATI MANA2 PIHAK.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *