MEREKA AUTISTIK, BUKAN TERENCAT AKAL

Time birthday Arif saya bawa dia ke toy shop dan offer dia utk pilih apa2 mainan. End up Arif pilih world map.

Arif juga suka tgk youtube tentang negara2 di seluruh dunia, this one video dia tgk just 3 kali – dan Arif end up boleh hafal semua rupabentuk bendera dan boleh zahirkannya dalam lukisan.

BENDERA2 DALAM GAMBAR2 DI BAWAH DILUKIS DARI MEMORY, BUKAN TIRU DEPAN2.

DAN ARIF HAFAL SEMUA NAMA NEGARA CORRESPONDING DENGAN DESIGNNYA.

Di sekolah, utk hari kedua, cikgu minta murid2 lukis gambar bendera negeri2 di Malaysia. Arif cakap – NO. I want to draw world, country flag.

Guru Arif bagitau saya its ok. Its good.

TAPI

Arif bukan selalu begini. Few years back, arif, sebagai kanak2 autistik, keadaan dia agak severe visually. Tangan di telinga most of the time (sensory overload) dan berperangai seperti budak 3 tahun. Dan tentunya tantrum.

Saya halt progress Arif ke sekolah rendah dan hanya benarkan dia ke sekolah apabila saya yakin dia cukup bersedia, iaitu ketika dia berusia 9 tahun. Instead of ke sekolah PPKI, saya masukkan Arif ke sekolah aliran perdana.

Tetapi ia tidak hanya berhenti di situ. First day saya hantar Arif saya bawa beberapa plastik besar berisi hadiah kepada bakal kawan2 sekelas Arif. Saya minta kebenaran guru kelas dan saya beri introduction talk tentang Arif, autism dan nilai2 murni sebagai seorang pelajar kepada kelas.

Tetapi tidak semudah itu kita nak lepaskan anak autistik ke dunia nyata. Saya spent masa saya almost everyday – ketika ataupun selepas sekolah utk bonding dengan Arif di sekolah serta dengan rakan2 sekelasnya. Buli tetap berlaku, dan since ada bonding ini, murid2 akan beritahu Uncle Zacq apa yang berlaku.

Dan saya akan spent masa dengan pelajar yang buli ini dan one on one bercerita tentang keadaan Arif, if muslim cerita pasal dosa pahala and if non muslim saya akan bercerita tentang kebaikan dan kejahatan. Saya tanya mereka kenapa buat perbuatan buli ini, fahamkan dari mana mereka datang. Anak anak ni tidak jahat, cuma maybe nakal dan ikut2 rakan sebaya sahaja.

End up, throughout the academic year, saya established bond dgn pelajar2 bekas buli ini. Even pelajar yg pernah buli Arif jadi pelindung Arif di sekolah. Instead of hukum, kita bagi chance kepada mereka, and let goodness shine from them.

Sebab saya selalu spent masa dgn anak2 ini, ada ketika mereka sit down cerita masalah, dan even ada yg minta saya hantar mereka ke rumah bila ibubapa tidak dapat ambil (of course saya minta kebenaran guru dan guard dahulu).

End up, anak autism yang baru beberapa bulan dari kali pertama experience persekolahan dan society environment, do well in school, dan naik beberapa level kelas (dari kelas belakang).

There are so many other stories of Arif dan abangnya Amirul yang belum dikongsikan.

Autism need to be understood. Kita kena kenal anak kita, kenal situation mereka, spectrum autism mereka, kelebihan, kelemahan, trigger point etc. After all that, please, please, treat your autistic kid like a normal kid.

MEREKA AUTISTIK, BUKAN TERENCAT AKAL.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *