ANAK AUTISTIK BUKAN TERENCAT AKAL – MEREKA SIAP BOLEH GUNAKAN ANDA DAN KELENTONG LAGI, UNTUK KESENANGAN MEREKA.

Sambungan dari post-post sebelum ini, ada saya nyatakan dan highlightkan yang kanak autistik hanyalah AUTISTIK, BUKAN TERENCAT AKAL. Saya boleh bagi contoh yang selari dengan tajuk highlight diatas.

Ketika saya ambil tanggungjawab membesarkan Amirul dan Arif, dan setelah faham serba sedikit tentang kondisi mereka, strength & weakness, trigger point, tantrum, spectrum autism etc, saya decide nak besarkan mereka seperti kanak-kanak normal lain; with in mind, mereka adalah autistik, dan wavelength mereka berbeza.

Dan dalam pertengahan perjalanan itu; setelah mengenali selok belok keadaan mereka sebagaimana yang dinyatakan diatas, ketika saya mendisiplinkan Amirul atas perlakuan beliau, beliau mengatakan ini kepada saya;

“I’M SORRY, I CANNOT DO THAT, BECAUSE I’M DIFFERENT, I HAVE CONDITION”. (“Maaf, saya tak boleh buat, sebab saya berbeza, saya ada masalah.”)

Yang mana apa yang saya suruh adalah chores di rumah (kerja-kerja rumah).

Ketika itu, datang ke benak fikiran saya (aware yg saya dah kenal selok belok perangai mereka) yang mamat ni saja je guna keadaan dia untuk cari alasan.

Anak-anak autism yang in general DITATANG SEPERTI MINYAK YANG PENUH, DIBERI LAYANAN ISTIMEWA, JADI MEREKA SENTIASA INGINKAN AGAR LAYANAN ITU BERTERUSAN.

Dan bila disuruh buat sesuatu yg mereka tak suka atau malas, akan ada je alasan yang diberi. So ini jadi turn point dalam didikan saya kepada anak2 ini.

Saya tepis dia sikit dan cakap,”DAH, DAH, JANGAN CARI ALASAN. PANDAI KAU YA. JANGAN BELAJAR GUNA KEADAAN DIRI NAK HIDUP SENANG. KALAU MAMA & PAPA TAK ADA U NAK HIDUP MACAMANA. U THINK U CAN TRICK ME? I’M 3 TIMES OLDER THAN YOU”.

From then on, dengan “few tepisan” untuk membawa dia ke “jalan yang benar”, Alhamdulillah, instead of JADI ANAK AUTISTIK YANG BERGANTUNG DENGAN ORANG, ANAK2 INI EVEN DAH JADI LEVEL ANAK IMPIAN IBUBAPA (Still ada kelemahan dari condition dia, tapi apart from that memang bagus).

Amirul ketika dirumah, TIAP HARI AKAN KUTIP BAJU-BAJU KOTOR, MASUK MESIN BASUH, THEN JEMUR BAJU. SETIAP PAGI, SEBELUM KE SEKOLAH, AMIRUL AKAN BUKA DAPUR, MASAK SCRAMBLE EGG SANDWICH UNTUK BREAKFAST & LUNCH BOX DIA DAN ADIK2. KALAU PINGGAN KOTOR, DIA BASUH. KALAU TONG SAMPAH PENUH, DIA IKAT BUANG DI LUAR. KALAU PAPA BALIK KERJA, DIA AKAN STOP APA DIA BUAT, UNTUK BUKA PINTU PAGAR. ANAK AUTISTIK KADANG2 KITA TAKUT TINGGAL KAT RUMAH TANPA PENGAWASAN – BUT NOT THIS YOUNG GUY. Budak2 yg sebaya yang bukan autistik pun kita tak harap sangat, tapi not this young gentleman.

The point is, kembali kepada post pertama saya – ANAK AUTISTIK BUKAN TERENCAT AKAL. Mereka cuma berbeza. Dan adalah penting untuk mereka berdikari. Dan dalam part ini, salah bukan sahaja terletak pada mereka bila trick kita, tapi juga kita, apabila anggap mereka tidak boleh survive tanpa kita.

LOVE THEM, BUT DONT PAMPER THEM TOO MUCH.

KENALI MEREKA MACAMANA.

KENALPASTI PERKEMBANGAN SEMASA MEREKA, DAN PERKEMBANGAN UMUR MEREKA.

InsyaAllah, resultnya akan ok.

DISCLAIMER : APA YANG SAYA POST DI SINI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI, DIKONGSI DENGAN NIAT MUNGKIN IA BOLEH MEMBANTU MEREKA YANG LAIN YANG MENGHADAPI SITUASI YANG SAMA.

SAYA TIDAK MEMANDANG RENDAH CARA PENJAGA LAIN MEMBESARKAN ANAK MEREKA; HANYA BASED DARI PERSOALAN YANG KERAP DIKEMUKAN KEPADA SAYA DALAM BEBERAPA TAHUN INI. THE QUESTIONS & SITUATIONS ALWAYS THE SAME.

SAYA POHON MAAF JIKA AYAT YG DIGUNAKAN MENGURIS HATI MANA2 PIHAK.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *